Apa Erti Sahabat....?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana limpah kurnianya saya masih berpeluang untuk berkongsi cerita dan saya ingin memberi kan sedikit tazkirah iaitu tentang SAHABAT...

SAHABAT... 
Apa erti sahabat bagi anda? Sahabat ialah teman yang ada di sisi kita ketika suka mahupun duka. Jika tiada sahabat dalam hidup maka tidak lengkap lah kehidupan kita. Sebagai contoh, Nabi Adam a.s juga memerlukan teman maka dengan izin Allah s.w.t tercipta lah seorang gadis yang bernama Hawa. Ini terbukti bahawa makhluk yang lemah seperti kita memerlukan seorang sahabat. 

 Oleh itu, jangan lah menyalah ertikan tentang sahabat. Terdapat satu kisah benar berlaku terhadap satu kaluarga kerana di fitnah dengan rakan baik nya sendiri....

"Terdapat sebuah keluarga yang di fitnah oleh rakan baiknya sendiri... Fitnah hanya kerana rasa cemburu dan iri hati... Kisah ini berlaku pada 2 tahun yang dulu.. Hanya kerana suami nya tidak dapat naik pangkat dia rasa sungguh cemburu... Jadi dia menyebar kan fitnah bahawa suami keluarga tersebut sering berfoya-foya bersama perempuan lain... Selain itu, dia juga membawa fitnah bahawa suami keluarga tersebut tidak pernah menunaikan solat Jumaat.. Pada hari keputusan UPSR(2008) keluar, anak nya tidak mendapat keputusan yang diingini.. Tetapi anak kepada keluarga tersebut mendapat keputusan yang cemerlang (5A).. Oleh itu, dia menyebarkan fitnah bahawa anak kepada keluarga itu tidak jujur semasa menjawab soalan peperiksaan... Pada suatu hari, isteri kepada keluarga tersebut hendak pergi ke kedai... Datang lah seorang perempuan bertanya kepadanya 'kamu bergaduh kah sama si dia?' si isteri itu pun menjawab 'Ish! tak lah.. saya dengan dia baik ja.. kenapa kak?' perempuan itu kehairanan 'hurm... ingat kan kamu berdua ni bergaduh sebab dia duk mengata kamu sekeluarga' isteri tuh tak percaya... Masakan rakan karib sendiri ingin mengata dirinya.. Setelah beberapa hari, satu kawasan perumahan itu memandang serong terhadap keluarga tersebut akibat fitnah-fitnah yang di sebarkan... Keluarga itu berasa sungguh kecewa.. Hanya kerana cemburu dia sanggup mnyebarkan fitnah2 itu....'

Baiklah... pengajaran yang kita dapat dalam kisah ini.

~ Kita sebagai sahabat hendak lah menghargai kejayaan sahabatnya
~ Jangan hanya kerana cemburu dan iri hati, anda sanggup melakukan fitnah terhadap sahabat    anda

Ini sahaja yang dapat saya berkongsi bersama anda... Ingat sahabat itu penting dalam hidup kita =) 

WASSALAM



No comments:

Post a Comment