Adab memotong KUKU...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang ADAB MEMOTONG KUKU... Kita mesti tak ambil tahu sangat adab memotong kuku.. Kita maik potong ja yang penting pendek kan... Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit tentang adab2 memotong kuku.....




Waktu memotong kuku:
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya:
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)
Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)

 Ini bermakna kita digalakkan memotong kuku pada hari jumaat dan jangan simpan lebih dari 40 hari.


Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... 

Zina mkin brleluasa... Nauzubillah MIN Zalik !!

ASSALAMUALAIKUM...
Saya ada sedikit pendapat yang ingin berkongsi bersama kalian...
Kita sekarang berada pada dunia AKHIR ZAMAN. Banyak perkara yang tidak diingini berlaku di kalangan remeja. Sebagai contoh utama yang sering kita dengar ialah gejala berzina dan secara automatiknya berlaku lah gejala pembuangan bayi. Gejala seperti ini sering berlaku terhadap remaja2 Melayu (Islam). Mengapa mesti orang kita? Itulah tanda2 KIAMAT makin DEKAT. Jika anda sedar akan gejala pembuangan bayi sering berlaku pada hujung tahun (bulan~7 - 10). Mengapa gejala tersebut sering berlaku pada hujung tahun? HA! Jika ingin tahu remaja2 yang tidak bermoral ini akan melakukan perkara terkutuk itu pada awal tahun. MENGAPA? Kerana anda tahu kan 24/2 merupakan hari ISTIMEWA bagi remaja2 zaman sekarang. HARI VALENTINE!!
Hari tersebut dikatakan HARI KEKASIH dan merupakan hari yang paling istimewa bagi remaja2 yang berpasangan. Remaja permpuan mempunyai sifat ingin tahu manakala remaja lelaki mempunyai sifat ingin tahu serta ingin melakukannya. Oleh itu, pasangan perempuan tersebut menghasut nya untuk melakukan perkara terkutuk itu. Maka tanpa berfikir panjang si perempuan tersebut menerima hasutan tersebut. Maka pada hari kekasih itu lah mereka lakukannya bagi membuktikan CINTA sesama mereka. Setelah hanyut dalam perkara terkutuk tersebut, dalam beberapa bulan kemudian si perempuan mendapati mengandung anak luar nikah. Oleh sebab takut dan malu, tanpa berfikir panjang bayi yang tidak berdosa tersebut telah dibunuh, dibuang dan sebagainya. Terdapat sesetengah remaja yang mempunyai sifat perikamanusiaan dia akan menjaga serta merawat bayinya.
Maka SEKOLAH HARAPAN pun dibina bagi membantu mereka (perempuan) membina semangat baru dan memberi motivasi kepada remaja perempuan yang terpesong dari jalan yang BENAR. Tetapi kenapa gejala berzina masih berlaku? Kerana remaja zaman sekarang berpendapat dengan ada nya sekolah tersebut akan memudah kan mereka.
SEKOLAH HARAPAN!!
Ada baik dan buruknya sekolah ini di bina. Sekolah ini akan memberi semangat baru serta memberi motiasi khas untuk mereka yang terlanjur tersebut (Ini kebaikan). Sekolah ini juga seumpama memberi galakan kepada remaja2 kita untuk melakukan perkara terkutuk itu lagi (Ini keburukan).
Oleh itu, kita yang berakal ini hendaklah berfikir dengan baik. Allah s.w.t telah memberi kan akal yang baik untuk kita, terpulanglah pada kita untuk menggunakannya. Gunalah akal dengan sebaik mungkin, gunalah segala kemewahan yang diberi olehNya dengan sebaik mungkin. Dia tidak teragak-agak untuk menarik segala kemewahan yang kita ada.

Baiklah,setakat sini sahaja lah coretan saya. Harap2 gejala seprti ini akan berkurangan. INSYAALLAH.......................................................................................
WASSALAM.........................................


CINTA menurut pandangan ISLAM

~ASSALAMUALAIKUM pembuka kata-kata~

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. 


Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. 

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´
Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. 

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. 

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam. 

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. 

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.


NA'UDZUBILLAH MIN ZALIK...